Tuesday 10 September 2013

Penyanyi Program Realiti Merisik Pramugari Arab Saudi

Bukan wanita biasa, tapi seorang pramugari yang kini sedang bekerja untuk sebuah syarikat penerbangan dari Arab Saudi. Itulah yang kami dengar dari salah seorang teman lama yang kini menetap di pantai timur.

Menurutnya, seorang selebriti yang juga merupakan seorang penyanyi dari sebuah program realiti telah pergi ke sana pada hari Sabtu lepas untuk berjumpa dengan ibu bapa dipercayai kekasihnya. Tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar penyanyi itu kesana, namun menurut sumber-sumber rapat, penyanyi itu pergi untuk merisik keluarga wanita tersebut.

Wanita tersebut dipercayai sudah lama dikenalinya namun dirahsiakan dari pengetahuan media dan peminat. Ini dikuatkan lagi dengan gambar wanita tersebut bersamanya di laman Instagram wanita tersebut.

Melalui laman Instagram wanita itu lagi, memang tak dapat dinafikan kekasih penyanyi ini seorang yang mempunyai wajah yang cantik, persis seorang wanita dengan darah kacukan Arab. Sesuailah dengan pekerjaannya sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan Arab Saudi.


Sehingga kini, masih tidak ada maklumat lanjut berkenaan perjumpaan antara penyanyi dan ibu bapa wanita tersebut. Namun jika ia menjadi, mereka berdua dipercayai akan mengikat tali sekitar hujung tahun ini atau tahun hadapan.

Apa pun, tak salah jika berkongsi berita gembira tersebut bersama media dan peminat. Tapi, mungkin juga penyanyi tersebut mempunyai sebab-sebab sendiri untuk merahsiakan perkara ini. Mungkin belum mencapai kata putus lagi, siapa tahu kan?

Tiba-tiba teringat pula pada isu Bront Palarae yang telah merahsiakan majlis pernikahannya pada 31 Ogos lepas. Tapi tidak apa, tahniah Bront!

No comments:

Post a Comment